BLOG KRISTIAN

Selamat Datang Ke BLOG KRISTIAN.Semoga Anda Mendapat Menafaat !

Mengenali Yesus

Empat Rukun Rohani

Sebagaimana wujudnya hukum-hukum alam yang mentadbir alam semesta ini, demikian juga ada hukum-hukum rohani yang mentadbir hubungan anda dengan Tuhan.

1.HUKUM PERTAMA

Tuhan mengasihi anda, dan Dia menawarkan satu rancangan yang istimewa untuk hidup anda.

(Ayat-ayat yang terdapat di dalam ini hendaknya dibaca dari Alkitab sedapat mungkin.)

Kasih Tuhan

“Oleh sebab Tuhan amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal.” 
Yohanes 3:16

Rancangan Tuhan

(Kristus berkata), “Aku datang, supaya mereka beroleh hidup, dan memperolehinya dalam segala kelimpahan.” (hidup yang bererti dan penuh kebahagiaan)
Yohanes 10:10

Mengapakah kebanyakan orang tidak menikmati
hidup yang berkelimpahan ini? Ini sebab …

2.HUKUM KEDUA

Manusia berdosadan terpisah daripada Tuhan, oleh itu, dia tidak boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidupnya. 

Manusia Berdosa

“Semua manusia telah berdosa dan jauh daripada kemuliaan Tuhan.”
Roma 3:23

Manusia telah dicipta untuk menikmati persekutuan dengan Tuhan. Tetapi oleh sebab kekerasan hatinya, manusia memilih jalannya yang tersendiri sehingga persekutuannya dengan Tuhan terputus. Menurut Alkitab, kekerasan hati ini sama ada dalam bentuk sikap memberontak ataupun sikap tidak peduli ialah dosa.

Manusia Terpisah

“Sebab upah dosa ialah maut . . .” (perpisahan rohani daripada Tuhan)
Roma 6:23

Gambarajah Hukum 2

Gambarajah diatas menunjukkan bahawa Tuhan Mahasuci dan manusia berdosa. Satu jurang memisahkan mereka.

Anak-anak panah menunjukkan bahawa manusia cuba dengan sedaya-upaya untuk mencari Tuhan, dan hidup yang berkelimpahan melalui kehidupan yang baik, falsafah ataupun agama.

                                                                                                                                                                                                                                            Hukum yang ketiga menjelaskan jalan tunggal untuk menjambatani jurang ini …
 

3.HUKUM KETIGA

Yesus Kristuslah satu-satunya jalan yang Tuhan berikan untuk menyelesaikan masalah dosa manusia. Melalui-Nya anda boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup anda. 

 Kristus mati bagi pihak kita

“Tetapi Tuhan telah menunjukkan betapa kasih-Nya kepada kita dengan kematian Kristus bagi pihak kita walaupun pada ketika itu kita masih berdosa.”
Roma 5:8

Kristus bangkit daripada kematian

“… Kristus mati kerana dosa kita … Dia dikebumikan … Dia dibangkitkan pada hari ketiga, menurut Alkitab. Dia memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, dan kemudiannya kepada dua belas orang murid-Nya. Setelah itu Dia memperlihatkan diri-Nya pula kepada lebih daripada 500 orang pengikut-Nya …”
1 Korintus 15:3-6

 

Kristus jalan tunggal kepada Tuhan

 

Yesus menjawab, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada sesiapa pun yang boleh datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”
Yohanes 14:6

Gambarajah Hukum 3  
Gambarajah ini menunjukkan bahawa Tuhan telah menjambatani jurang antara manusia dengan Diri-Nya, dengan menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus, supaya mati di atas salib bagi pihak kita demi menebus kita daripada dosa.

Hanya mengetahui ketiga-tiga hukum ini tidak mencukupi  . . .

4.HUKUM KEEMPAT

Kita mesti menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat dan Tuhan kita secara peribadi. Dengan demikian, kita boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup kita. 

Kita mesti menerima Kristus

“Tetapi bagi mereka yang menerima dan mempercayai-Nya, diberikannya hak untuk menjadi anak-anak Tuhan.”
Yohanes 1:12

Kita menerima Kristus melalui iman
“Dengan rahmat Tuhanlah anda telah diselamatkan melalui iman; dan bukannya melalui usaha diri anda. Ini adalah kurnia Tuhan, bukan hasil usaha-usaha tertentu. Maka tiada sesiapa pun yang boleh memegah-megahkan diri.”
Efesus 2:8-9

Apabila kita menerima Kristus, kita mengalami kelahiran baru (baca Yohanes 3:1-8)

Kita menerima Kristus dengan mengundang-Nya secara peribadi
Kristus berkata, “Dengar, Aku berdiri di hadapan pintu dan mengetuk. Sekiranya sesiapa yang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam.. “
Wahyu 3:20

Menerima Kristus melibatkan pertaubatan, dan mempercayai bahawa Kristus akan masuk ke dalam hidup kita untuk mengampunkan dosa kita dan menjadikan kita manusia mengikut kehendak-Nya. Hanya bersetuju bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan dan Dia mati di atas salib kerana dosa kita adalah tidak mencukupi. Begitu juga dengan pengalaman emosi. Kita mesti menerima Yesus Kristus melalui iman sebagai tindakan nekad kita.

Kedua-dua bulatan ini menggambarkan dua jenis hidup:

Gambarajah Dua Bulatan

Bulatan manakah yang mencerminkan hidup anda?
Bulatan manakah yang anda ingin mencerminkan hidup anda?

Berikut menjelaskan bagaimana anda boleh menerima Kristus:

Anda boleh menerima Kristus saat ini juga dengan berdoa berdasarkan iman: (Doa ialah percakapan dengan Tuhan)

Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia lebih mementingkan sikap hatimu daripada kata-katamu. Berikut merupakan satu doa yang disarankan:

“Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk mengampunkan dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin.”

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? 

Jika ya, ucapkanlah doa ini sekarang juga, dan Kristus akan masuk ke dalam hidupmu seperti yang telah dijanjikan-Nya.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: