BLOG KRISTIAN

Selamat Datang Ke BLOG KRISTIAN.Semoga Anda Mendapat Menafaat !

Keyakinan

Bagaimana anda dapat mengetahui bahawa Kristus
berada di dalam hati anda 

Apakah anda telah mengundang Kristus masuk ke dalam hati anda pada waktu anda berdoa? Kalau demikian sesuai dengan janji -Nya dalam Wahyu 3:20, di manakah Dia sekarang? Kristus berjanji bahawa la akan masuk ke dalam hidup anda ketika anda mengundang-Nya dalam doa anda. Mungkinkah Dia tidak menepati janji-Nya? Bagaimana anda mengetahui bahawa Ia menjawab doa anda? (Kerana Tuhan sentiasa setia pada janji-janji dalam Firman-Nya)

Tuhan mengaruniakan hidup yang kekal kepada semua orang yang menerima Kristus

“Dan inilah kesaksian itu: Tuhan telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki hidup. Semuanya itu
kutuliskan kepada anda supaya anda yang percaya kepada nama Anak Tuhan tahu bahawa anda memiliki hidup yang kekal”.
1 Yohanes 5:11-13 

Bersyukurlah sentiasa bahawa Kristus ada di dalam hidup anda dan Dia tidak pernah meninggalkan anda (Ibrani 13:5). Anda dapat mengetahui bahawa
Kristus tinggal dalam hati anda, dan bahawa sejak anda mengundang Dia berdasarkan iman anda kepada janji-Nya, anda menerima hidup yang kekal, Dia tidak
akan mengecewakan anda. 

Bagaimana tentang perasaan?

Janganlah bergantung pada perasaan

Jaminan iman kita bukanlah perasaan kita yang berubah-ubah, melainkan janji Kristus. Orang Kristian hidup kerana imannya kepada Tuhan dan Firman-Nya. Bagan kereta api di bawah ini menggambarkan hubungan antara kenyataan  (Tuhan dan Firman-Nya), iman (kepercayaan kita kepada Tuhan dan Firman-Nya), dan perasaan (akibat dari iman dan ketaatan kita). 

Gambarajah Keretapi

Kereta api boleh terus berjalan dengan atau tanpa gerbong penumpang, asal saja batu bara dimasukkan ke dalam lokomotip. Sebaliknya adalah mustahil untuk membuat kereta api tu berjalan dengan memasukkan batu bara ke dalam gerbong penumpang. Demikian juga, sebagai orang Kristian janganlah kita menggantungkan iman kita kepada perasaan, melainkan kita harus mendasarkan iman kita pada janji-janji Tuhan dalam Firman-Nya.

Sejak anda menerima Kristus, banyak hal telah terjadi dalam hidup anda termasuk:

1 Tuhan Yesus yang diwakili oleh Roh Kudus telah berada di dalam hati anda
Wahyu 3:20; Efesus 1:13,14; Roma 8:14-17
2 Dosa-dosa anda telah diampunkan
Kol. 1:13,14; 1 Yohanes 1:9
3 Anda
4 Anda

Dengan demikian, menerima Kristus merupakan pengalaman yang lebih indah dari pada pengalaman-ppengalaman lain yang manapun dalam hidup anda. Kerana itu, maukah anda berdoa untuk menyatakan terimakasih anda kepada-Nya?

Sekarang bagaimana selanjutnya?

Cadangan-cadangan untuk pertumbuhan rohani 

Pertumbuhan rohani adalah hasil dari ketaatan pada Kristus. “Kerana orang yang benar akan hidup oleh iman”.
Galatia 3:11

Hidup berdasarkan iman akan memungkinkan anda untuk taat akan Tuhan dalam setiap segi kehidupan anda serta mempraktikkan hal-hal berikut ini:

T Tiap-tiap hari hendaknya anda datang ke hadirat Tuhan di dalam doa. Yohanes 15:7
U Usahakaniah membaca Alkitab setiap hari – Anda dapat mulai dengan Injil Yohanes. Kisah 17:11
M Mintalah kepada Tuhan supaya anda dapat menaati apa yang telah anda baca dari Alkitab. Yohanes 14:21
B Biasakan diri untuk bersaksi tentang Kristus kepada orang lain. Matius 4:19, Yohanes 15:8.
U Usahakanlah untuk mempercayakan setiap segi kehidupan anda kepada Tuhan. Dengan demikian, maka anda dapat mengalami kehidupan yang penuh kelimpahan itu hari lepas hari. 1 Petrus 5:7.
H Hendaklah anda membiarkan Roh Hudus menguasai hidup dan kesaksian anda sehari-hari. Galatia 5:16-17; Kisah 1:8.

Pentingnya mengikuti ibadah dan penelaahan Alkitab di gereja 

Ibrani 10: 25 menasihatkan agar ” . . . janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan ibadah . . .” Kalau ada beberapa potong kayu bersama-sama terbakar, maka nyalanya besar dan memberi kehangatan. Tetapi apabila salah satu dari beberapa potong kayu itu diambil, kemudian ditaruh di hawa yang dingin, maka padamlah apinya. Demikian juga hubungan anda dengan orang-orang Kristian yang lain. 

Jika anda tidak menjadi anggota sesuatu gereja, janganlah anda menunggu supaya diundang. Ambillah tindakan; hubungilah pendeta dari gereja yang berdekatan di mana Kristus diagungkan dan firman Tuhan diberitakan. Buatlah rancangan sekarang agar anda dapat turut berbakti pada hari Minggu yang akan datang.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: